Powered by Bravenet Bravenet Blog

My Baby...

journal photo

Tag Board

ales: A site has been very good health in your hand thanks ales
seo: I wish you a very successful attendance at your site seo
Makeityourring Diamond Engagement Rings: Hey there does one a new twitting bill? I�d wish to comply with anyone generally there since twitting can be the most popular cultural internet site. In case you aren�t generally there by now you could possibly think it over since that�d allow you to talk with your family audience in a very greater means.
dekorasyon ankara: very good eb sites
ankara palyaço: palyaço very good web site
ümitköy evden eve nakliyat: Eryaman evden eve nakliyat şirketi hakkında güncel bilgiler yer almkata.
cankayayildiznakliyat.tk: cankayayildiznakliyat bilgi icin...
Saç ekimi: Saç ekimi hakkında her şey.
Saç ekimi: Saç ekimi hakkında bilgiler.
Berita Terbaru: Kumpulan berita dan informasi terbaru
auto hybrid car: VERYY STRONG....
lyna: betul ke bisnes nii?
Sophia: Jadikan tahun 2008 ini tahun yang terbaik untuk melakar kejayaan gemilang. IF OTHERS CAN, WE CAN TOO!
Normala: Sdr Im, Kak Mala yakin you akan teruskan perjuangan bersama SST & SN. Go Im Go .... !!!
Azwa: our daughter is growing up now..i'm sure when she start learning about life...she can learn thousands thing here...good job dear!!!
Fauzan: Saya turut menginsafi diri bila membaca blog saudara ini..Semoga kita menjadi hamba-Nya yg sentiasa bersyukur & bertaqwa..Semoga rahmat Allah S.W.T sentiasa mengiringi kita..Salam Sukses
Normala: Salam Aidil Fitri untuk saudara sekeluarga. Sekiranya ada kesilapan secara sengaja atau tidak, kemaafan yg saya minta.
Sophia: Salam Aidilfitri buat En. Im seisi keluarga. Maaf dipinta andai ada tersalah laku, tersilap kata, terkasar bahasa. Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Sophia, Akyairee dan Faris Akhyar
azwa: salam..dah lama x dropping by sini..just jd silent reader jek..sikit boleh tambah motivasi diri sndiri baca blob awak nih,selain motivasi direct :)
SPD Zul: Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat menjalankan ibadat Posa. Salam perjuangan dari saya.
Sophia: Selamat menjalani ibadah puasa buat En. Im seisi keluarga. Moga Allah mengurniakan kita semua rahmat, pengampunan dan kebebasan dari api neraka pada bulan yang mulia ini. Amin.
Marini Noordin: En Im. Tahniah krn telah mcapai Manager. You deserve it.. Sy amat bersetuju dgn post bertarikh 1 August 2007 En Im. Ya apabila manusia bertuhankan nafsu dan material, tiada lg istilah iman dan takwa. Keikhlasan dan rasa tanggungjawab menjadi suatu mitos. InsyaAllah melalui post ni seluruh rakan niaga mdapat pengajaran penting. Skiranya kita bermatlamatkan duit semata2, actually we gain nothing. Bg sy, sy sertai SN & SST krn nk mmenuhi tuntutan fardhu kifayah.
Sophia: Takziah di atas kembalinya abang tersayang ke Rahmatullah. Moga rohnya dicucuri rahmat Ilahi dan moga En. Im juga bersabar atas dugaan ini.
Sophia: En. Im, tahniah di atas kelahiran puteri. Moga kehadirannya mencetuskan inspirasi dan membakar semangat En. Im untuk mencapai kejayaan dalam biz ini.
Normala: Teruskan perjuangan, insyaAllah jalan menuju Puncak Kejayaan sentiasa dimudahkan oleh Allah swt.
Sophia: En. Im, teruskan usaha dalam perjalanan menuju PUNCAK KEJAYAAN! You can do it!
SPD Zul: TAKZIAH buat Ihimran. Berdoa dan bersedekah banyak2 buat arwah ayahda anda. Bersabar.
Normala: Salam takziah Kak Mala kepada Ihimran sekeluarga. Moga tabah menghadapi ujian. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan semula. AlFatihah utk ayahanda tersayang. Amin
azwa: percayalah..selagi kita berusaha..insyaAllah kejyaan menanti kita..gud luck
SPD Zul: Ihimran website u dah siap. Tolong check responder. dapat tak kat u nyer email. www.ihimran.usahawansejati.com
Normala: Sdr Ihimran, terima kasih atas perkongsian ini. Semoga terus maju dalam perjuangan membina perniagaan ini, kerjaya dan kehidupan. Amin.
Sophia: Ya, En. Im...rebutlah perkara yang lima dan gunakan peluang untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik dengan SST! YOU CAN DO IT!
azwa: salam..semoga succes selalu...always support what u do..
Badaiputera: Tahniah & Syabas Sy ucapkan.....Ayuh.....kita gerakkan perniagaan Jaringan yang Hebat ini .. Bersama sama SN & SST. TQ
Sophia: Tahniah En. Im kerana telah memulakan coretan dalam blog anda! InsyaAllah kita akan bekerjasama dalam mendaki PUNCAK KEJAYAAN!
Normala: Tahniah, Sdr sebenarnya memang telah memilih landasan yg sebenar utk sampai ke Puncak Kejayaan. SST memang Hebat so as your Upline, Pn Sophia. Besama kita lakukan.

Please type in the four characters shown in the black box.

09-1-2008

2:29

Selamat Tahun Baru....

Selamat Tahun Baru Hijrah kepada para pembaca blog aku yang setia kalau ada la...hehehe dah lama jugak aku tak update blog aku ni... berbulan bulan dah... maklumlah bz memanjang jer... kan terengganu kan dah jadi Bandaraya sekarang..kos sara hidup meningkat...barang harian pun naik...minyak takder...gas memasak nak naik...petrol pun maybe naik tak lama lagi...tadi aku dengar cerita gandum pun dah ketandusan... Apa dah jadi dengan Malaysia ni sebenarnya... aku pun tak tahu...korang jawab la sendiri hehehe... Kan komen lebih-lebih.. kena gam pulak kang blog aku ni..

Marilah sama-sama kita renungi hadis qudsi di bawah... semoga dapat menjadi peringatan kepada kita sekalian manusia...

Firman Allah yang bermaksud….

 

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya telah sampai kepada kamu pengajaran daripada Tuhan kamu dan ia adalah ubat bagi apa yang ada di dalam dada. Lalu, mengapakah kamu tidak berbuat baik melainkan kepada yang telah berbuat baik kepada kamu, dan tidak berhubungan kecuali dengan yang telah menghubungi kamu dan tidak berkata-kata kecuali dengan yang telah berkata-kata dengan kamu, dan tidak memberi makan melainkan kepada yang telah memberi kamu makan, dan tidak memuliakan melainkan dengan yang telah memuliakan kamu? Tidak ada kelebihan atau keistimewaan seseorang ke atas orang lain.”

 

“ Sesungguhnya orang-orang mukmin yang telah mengimani Allah dan rasul-Nya, merekalah orang-orang yang berbuat baik kepada yang berbuat jahat kepada mereka, mereka menghubungkan silaturrahim dengan orang yang memutuskan hubungan dengan mereka, memaafkan orang-orang yang menghalang mereka, mempercayai orang-orang yang telah mengkhianati mereka, bercakap-cakap dengan yang telah mengusir mereka serta memuliakan orang-orang yang telah menghina mereka: sesungguhnya Aku sangat mengetahui tentang kamu semua.”

 

16 Feedback / Leave Feedback

21-10-2007

22:53

Salam Sejahtera...

Firman Allah yang bermaksud….

 “Wahai sekalian manusia, janganlah kamu mengutuk makhluk yang lain, kerana kutukan itu akan kembali kepada diri kamu.Wahai manusia, tujuh lapis langit berada di udara tanpa tiang, hanya dengan satu nama daripada nama-nama-Ku, tetapi hati kamu tidak tetap walaupun dengan seribu pengajaran daripada kitab-Ku.”

 

“Wahai manusia, sebagaimana hanya batu tidak akan menjadi lembut disebabkan air, maka demikian jugalah hati yang keras tidak akan berguna baginya sebarang nasihat. Wahai manusia, bagaimanakah kamu mengakui bahawa kamu adalah hamba Allah, kemudian kamu masih menderhakai-Nya; dan bagaimanakah kamu mengetahui bahawa maut itu pasti tiba, tetapi kamu cuba menghindarinya? Betapa kamu tegar mengatakan sesuatu yang kamu tidak punya pengetahuan tentangnya, dan kamu menyangkanya hal yang kecil, sedangkan di sisi Allah ia adalah hal yang besar?”

 

8 Feedback / Leave Feedback

10-10-2007

22:50

Selamat Hari Raya....

assalamualaikum semua... di kesempatan yang singkat ini... aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pelawat blok aku ini... Mintak maaf kalau ada salah silap dan terkasar bahasa...  Semoga lebaran kali ini menjanjikan sejuta kebahagiaan dan kemanisan kepada kita semua....

Ramadhan... Pemergian mu di tangisi... Kehadiran mu dirindui....

 

69 Feedback / Leave Feedback

26-9-2007

17:20

Hikmah Jari Telunjuk....

Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku. Mengapa Rasulullah s.a .w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..



Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah “Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah” bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain.

Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.

Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali. Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku.

Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah “Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..

Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini… Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku… Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..

Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah… Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah…..

 
  
 

1 Feedback / Leave Feedback

25-9-2007

1:35

Berat mata memandang.. Berat lagi kepala Menjunjung....

 

Firman Allah yang bermaksud….

 

“Wahai sekalian manusia, tidak Ku jadikan kamu dalam keadaan sia-sia dan tidak Ku jadikan dalam keadaan batil; dan Aku bukanlah pelalai, Aku amat mengenali kamu, dan tidak akan kamu capai apa yang ada di sisi-Ku.melainkan dengan sabar atas perkara-perkara yang kamu benci di dalam keredhaan-Ku. Bersabar dalam mentaati-Ku adalah lebih mudah bagu kamu daripada bersabar dalam menentang-Ku; Meninggalkan maksiat adalah lebih mudah bagi kamu daripada membuat-buat dalih untuk bebas daripada kepanasan neraka dan azab dunia adalah lebih ringan bagi kamu daripada azab akhirat.”

 

“Wahai sekalian manusia, semua kamu adalah sesat kecuali orang yang aku beri petunjuk kepadanya, sekalian kamu adalah jahat melainkan orang yang aku memeliharanya. Bertaubatlah kamu kepada-Ku supaya aku mengasihi kamu, dan janganlah kamu cuba menutup-nutupi rahsia-rahsia kamu terhadap yang tidak tersembunyi bagiNya rahsia kamu (yakni Allah)”

VCD PERCUMA

1 Feedback / Leave Feedback

03-9-2007

2:13

Firman Allah yang bermaksud...

“Wahai sekalian manusia, wahai hamba dinar dan dirham, sesungguhnya Aku jadikan dinar dan dirham adalah untuk dapat kamu pergunakan, supaya kamu boleh makan daripada rezeki-Ku, memakai pakaian daripada kain-Ku, dan supaya kamu dapat mengucap tasbih kerana mensucikan Aku; kemudian kamu ambil kitab-Ku dan kamu letakkan di belakang kamu, dan kamu ambil dinar dan dirham lalu kamu letakkan kedua-duanya di atas kepala kamu, kamu bangun rumah kamu tapi kamu biarkan rumah-Ku.”

 

“Sebenarnya kamu bukanlah orang yang bebas dan merdeka; kamu adalah hamba dunia, kamu tidak ubah seperti kuburan yang dicat dengan kapur yang apabila dipandang dari luar kelihatan elok, sedangkan di dalamnya amat mengerikan; demikian jugalah kamu dipandang baik dan dikasih manusia kerana ucapan-ucapan kamu yang manis serta tindak-tanduk yang memikat. Kamu dijauhkan daripada hati yang keras dan tindak-tanduk yang buruk.”

 

“Wahai manusia, ikhlaslah dalam beramal, dan mintalah kepda-Ku, maka sesungguhnya Aku akan memberi kepadamu lebih banyak daripada yang diminta orang-orang yang meminta.

 

12 Feedback / Leave Feedback

02-9-2007

0:47

Allah SWT berfirman...yang bermaksud...

"Tidaklah Kujadikan kamu, wahai manusia, untuk membanyakkan yang sedikit, dan bukan pula untuk bersuka-suka untuk menghilangkan kesunyian, serta bukan untuk menjadi pembantuKu untuk melakukan sesuatu yang Aku lemah melakukannya; bukan pula untuk sesuatu manfaat atau menghindar daripada mudarat."

"Akan tetapi, Ku-jadikan kamu adalah untuk mengabdi kepada-Ku berpanjangan, supaya kamu bersyukur kepada-Ku banyak-banyak, dan supaya kamu bertasbih kepada-Ku pagi dan petang."

"Wahai sekalian manusia, seandainya semua kamu, daripada yang mula-mula hinggan yang penghabisa, yang bangsa manusia dan bangsa jin, yang kecil dan yang besar, yang merdeka dan yang abdi saling tolong menolong dan bersama-sama mentaati Aku, maka yang demikian tidak sampai menambah sebiji zarah pun ke dalam kerajaan-Ku. Sesiapa yang berjihad, sebenarnya ia berjihad untuk dirinya sendiri; sesungguhnya Allah maha kaya daripada seluruh alam."

"Wahai manusia, sama saja, iaitu jikan engkau menyakiti, maka engkau pun akan disakiti. Apa yang engkau lakukan maka hal sama jugalah yang akan dilakukan terhadapmu."

VCD PERCUMA

15 Feedback / Leave Feedback

16-8-2007

0:16

Firman Allah

Salam sejahtera para sahabat sekalian...sudah lama aku tidak membuat coretan dan meluahkan rasa dalam blog aku ni...maklumlah nak kata bz tu tak la bz sangat...tapi serabut jer lebih...biasa la bila tiba bulan Ogos ni...sibuk la ckit...nak sambut merdeka la katakan..ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti lain yang tak habis-habis..adat la jadi penjawat awam ni...kena ikut arahan...hmmm...

Namun dalam kesibukan itu...sempat aku juga mencelah untuk berkongsi satu hadis kursi supaya dapat menjadi panduan untuk rakan-rakan sekalian....dan dapat menyebarkan kepada saudara-saudara kita yang lain....jarang orang lawat blog aku ni...tak menarik kot...tapi takpela...usaha dakwah ni memang akan menempuh jalan yang sukar...namun tidaklah sesukar junjungan besar kita dahulu yang berkorban jiwa dan raga untuk memastikan islam ini sampai kepada kita...hatta masa dah hampir mati pun beliau masih lagi ingatkan ummatnya...betapa kasihnya Nabi Muhammad S.A.W. kepada umatnya...

Firman Allah yang bermaksud....

"Wahai sekalian manusia, janganlah engkau menjadi orang yang mengetepikan taubat dan jangan memanjangkan angan-angan serta mengharap kenahagiaan akhirat tanpa beramal; jangan menjadi orang yang kata-katanya seperti kata-kata orang yang abid dan amalnya seperti orang munafik, jika diberikan sesuatu kepadanya tidak pernah merasa cukup; dan jika tidak memperoleh sesuatu, tidak pernah sabar"

"Ia menyuruh berbuat baik, tapi ia sendiri tidak memperbuatnya, dia melarang berbuat jahat, tapi ia sendiri tidak berhenti daripada melakukannya. Ia mengasihi orang-orang yang soleh, tapi tidak mahu bersama mereka; dia membenci orang-orang munafik, tetapi sebenarnya ia termasuk di kalangan mereka; Ia mengatakan hal yang tidak ia lakukan, dan ia membuat hal yang tidak disuruh, ia meminta kesetiaan teteapi ia tidak setia."

"Wahai sekalian manusia, setiap hari yang baru, bumi sentiasa menegurmu dengan kata-katanya:

wahai sekalian manusia, engkau berjalan di permukaanku dan setelah itu engkau akan disimpan di dalam perutku. Engkau memakan segala yang diinginkan ketiga berada di permukaanku, kemudian engkau akan dimakan ulat di dalam perutku.

"Wahai sekalian manusia, aku adalah rumah kesunyian, aku adalah rumah tempat pertanyaan, aku adalah tempat persendirian, aku adalah rumah kegelapan, aku adalah rumah kala dan ulat, maka diamilah aku dan janganlah engkau menghindar daripadaku"

VCD PERCUMA

8 Feedback / Leave Feedback

01-8-2007

23:13

Di Mana Kita...

"Siapa kata menutup aurat akan membataskan pergerakan?

Maksud Firman Allah:

Carilah Aku sekadar mana engkau berhajat kepada-Ku dan buat lah maksiat di atas dunia ini sekadar mana engkau mampu menahan azab-Ku di akhirat kelak....

Allah memang tidak berhajat kepada kita...malahan telah memberi pilihan kepada kita.. sama ada ingin terus berada di dalam kesesatan atau ingin terus mencari redha Allah...Kalau kita ingkar perintahnya pun dia tak rugi apa-apa...malahan kitalah yang akan tergolong di kalangan orang yang rugi...

Menurut kajian...80% orang melayu islam di Malaysia tak smayang...itu satu fakta dan disokong oleh Dr.Fadilah Kamsah...ini satu isu yang sensitif...terutamanya di Malaysia ni..ramai orang beranggapan bila jadi melayu dia rasa dah jadi islam...kelakar betul...diorang tak tahu agaknya berapa ramai dah orang melayu yang dah jadi murtad...so apa kita nak panggil diorang tu...

Islam itu tidak boleh diwarisi...lahir islam tidak semestinya mati dalam islam...dalam dunia sekarang ni...tiada yang mustahil... segalanya mungkin...Baru ni aku bertemu dengan seorang sahabat yang mengendalikan satu seminar untuk para imam dan bilal di sebuah negeri dari semenanjung malaysia ni...tergezut dia...kenapa? hampir 80% para imam masih tak tahu apa itu masbu' dan muwafiq...macam mana ni? sapa yang lantik mereka ni...dan dekat tempat aku pulak...tok bilal siap pegi beli nombor ekoooooooooooorr...gila betul...hmmm...maybe elaun yang diberi tak cukup kot...

Firman Allah...

Apabila urusan agama diserahkan kepada mereka yang bukan ahlinya...maka tunggulah saat kebinasaan..

Maka renungilah wahai sahabat sahabat sekalian...di mana kita sekarang...dengan sapa kita nak bergantung sekarang...kita sekarang kekurangan dan ketandusan golongan yang ingin berjuang menegakkan dinul-islam yang suci...jiwa kita lemah longlai dituba dengan racun hiburan yang ditaja oleh yahudi laknatullah...ingatkah setiap langkah anda ke 'JOMHEBOH' itu akan mendekatkan anda ke pintu neraka...So yang dah pernah pegi tu bertaubatla...dan yang belum pegi tu tak payahla pasang niat nak pegi...susah pulak nak jawab depan tuhan nanti... 

Kerana setiap apa yang kita belanjakan dia dunia ini akan dihitung di akhirat kelak...walaupun sebesar zarah...Mampu ker kita nak jawab depan tuhan nanti...?

1 Feedback / Leave Feedback

29-7-2007

20:31

suatu penghujung...

salam sejahtera kepada semua...sudah agak lama jugak aku tak update blog aku ni...malaupun aku tahu tak ramai yang lawat blog aku ni, tapi aku tak kira... aku nak update jugak...hehehe...ye la kadang kadang manusia ni kan takut nak baca tentang kebenaran...lebih lebih lagi bila terkena atas kepala sendiri...

Aku memang sibuk kebelakangan ini...sejak dapat baby ni kan..hmmm...tu baru sorang tu...masa sentiasa cukup bagi orang yang tahu menghargainya...Baru-baru ni abang aku meninggal..dalam usia 56 tahun.. tak sampai sebulan dia pencen...duit pencen pun baru ambik sekali jer...selang 140 hari lepas ayah dia meninggal...so dapatla dok kat sebelah ayah dia...

kalau diikutkan hukum adat...yang tua pasti pergi dulu...namun sebagai orang islam...kita tidak harus terlalu mengikut hukum adat...kena pakai hukum akal...pada adatnya tak logik jika seorang yang kaya raya akan menjadi miskin dalam sekelip mata...namun pada hukum akal...perkara itu tiada yang mustahilnya...kerana Allah itu maha berkuasa...

Begitu jugalah halnya dengan umur kita...bila ajal sudah tiba...tidak akan cepat dan tidak akan lambat walau sesaatpun...persoalannya sudah kah kita bersedia dengan bekalan untuk ke sana...hmmm jika manusia dapat melihat ganjaran Allah terhadap amalan baik yang dikerjakan di atas dunia ini...maka akan sesak la masjid-masjid dipenuhi manusia yang inginkan ganjaran...namun keadaannya tidak begitu...orang islam hidup di atas prinsip iman...kita wajib percaya bahawa segala amalan akan diberi ganjaran di akhirat kelak......walaupun sebesar zarah.

beramal lah sebanyak mungkin di dunia sementara ada luang masa untuk menuai hasil di akhirat kelak kerana bila kita sudah berada di sana nanti...menangis keluar bijik mata pun..takkan dapat balik ke dunia semula...so jangan termasuk di kalangan orang yang rugi...

usahawan sejati

 

14 Feedback / Leave Feedback