Firman Allah yang bermaksud….
“Wahai sekalian manusia, janganlah kamu mengutuk makhluk yang lain, kerana kutukan itu akan kembali kepada diri kamu.Wahai manusia, tujuh lapis langit berada di udara tanpa tiang, hanya dengan satu nama daripada nama-nama-Ku, tetapi hati kamu tidak tetap walaupun dengan seribu pengajaran daripada kitab-Ku.”
“Wahai manusia, sebagaimana hanya batu tidak akan menjadi lembut disebabkan air, maka demikian jugalah hati yang keras tidak akan berguna baginya sebarang nasihat. Wahai manusia, bagaimanakah kamu mengakui bahawa kamu adalah hamba Allah, kemudian kamu masih menderhakai-Nya; dan bagaimanakah kamu mengetahui bahawa maut itu pasti tiba, tetapi kamu cuba menghindarinya? Betapa kamu tegar mengatakan sesuatu yang kamu tidak punya pengetahuan tentangnya, dan kamu menyangkanya hal yang kecil, sedangkan di sisi Allah ia adalah hal yang besar?”