Powered by Bravenet Bravenet Blog

My Baby...

journal photo

Tag Board

lyna: betul ke bisnes nii?
Sophia: Jadikan tahun 2008 ini tahun yang terbaik untuk melakar kejayaan gemilang. IF OTHERS CAN, WE CAN TOO!
Normala: Sdr Im, Kak Mala yakin you akan teruskan perjuangan bersama SST & SN. Go Im Go .... !!!
Azwa: our daughter is growing up now..i'm sure when she start learning about life...she can learn thousands thing here...good job dear!!!
Fauzan: Saya turut menginsafi diri bila membaca blog saudara ini..Semoga kita menjadi hamba-Nya yg sentiasa bersyukur & bertaqwa..Semoga rahmat Allah S.W.T sentiasa mengiringi kita..Salam Sukses
Normala: Salam Aidil Fitri untuk saudara sekeluarga. Sekiranya ada kesilapan secara sengaja atau tidak, kemaafan yg saya minta.
Sophia: Salam Aidilfitri buat En. Im seisi keluarga. Maaf dipinta andai ada tersalah laku, tersilap kata, terkasar bahasa. Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Sophia, Akyairee dan Faris Akhyar
azwa: salam..dah lama x dropping by sini..just jd silent reader jek..sikit boleh tambah motivasi diri sndiri baca blob awak nih,selain motivasi direct :)
SPD Zul: Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat menjalankan ibadat Posa. Salam perjuangan dari saya.
Sophia: Selamat menjalani ibadah puasa buat En. Im seisi keluarga. Moga Allah mengurniakan kita semua rahmat, pengampunan dan kebebasan dari api neraka pada bulan yang mulia ini. Amin.
Marini Noordin: En Im. Tahniah krn telah mcapai Manager. You deserve it.. Sy amat bersetuju dgn post bertarikh 1 August 2007 En Im. Ya apabila manusia bertuhankan nafsu dan material, tiada lg istilah iman dan takwa. Keikhlasan dan rasa tanggungjawab menjadi suatu mitos. InsyaAllah melalui post ni seluruh rakan niaga mdapat pengajaran penting. Skiranya kita bermatlamatkan duit semata2, actually we gain nothing. Bg sy, sy sertai SN & SST krn nk mmenuhi tuntutan fardhu kifayah.
Sophia: Takziah di atas kembalinya abang tersayang ke Rahmatullah. Moga rohnya dicucuri rahmat Ilahi dan moga En. Im juga bersabar atas dugaan ini.
Sophia: En. Im, tahniah di atas kelahiran puteri. Moga kehadirannya mencetuskan inspirasi dan membakar semangat En. Im untuk mencapai kejayaan dalam biz ini.
Normala: Teruskan perjuangan, insyaAllah jalan menuju Puncak Kejayaan sentiasa dimudahkan oleh Allah swt.
Sophia: En. Im, teruskan usaha dalam perjalanan menuju PUNCAK KEJAYAAN! You can do it!
SPD Zul: TAKZIAH buat Ihimran. Berdoa dan bersedekah banyak2 buat arwah ayahda anda. Bersabar.
Normala: Salam takziah Kak Mala kepada Ihimran sekeluarga. Moga tabah menghadapi ujian. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan semula. AlFatihah utk ayahanda tersayang. Amin
azwa: percayalah..selagi kita berusaha..insyaAllah kejyaan menanti kita..gud luck
SPD Zul: Ihimran website u dah siap. Tolong check responder. dapat tak kat u nyer email. www.ihimran.usahawansejati.com
Normala: Sdr Ihimran, terima kasih atas perkongsian ini. Semoga terus maju dalam perjuangan membina perniagaan ini, kerjaya dan kehidupan. Amin.
Sophia: Ya, En. Im...rebutlah perkara yang lima dan gunakan peluang untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik dengan SST! YOU CAN DO IT!
azwa: salam..semoga succes selalu...always support what u do..
Badaiputera: Tahniah & Syabas Sy ucapkan.....Ayuh.....kita gerakkan perniagaan Jaringan yang Hebat ini .. Bersama sama SN & SST. TQ
Sophia: Tahniah En. Im kerana telah memulakan coretan dalam blog anda! InsyaAllah kita akan bekerjasama dalam mendaki PUNCAK KEJAYAAN!
Normala: Tahniah, Sdr sebenarnya memang telah memilih landasan yg sebenar utk sampai ke Puncak Kejayaan. SST memang Hebat so as your Upline, Pn Sophia. Besama kita lakukan.

Please type in the four characters shown in the black box.

26-9-2007

17:20

Hikmah Jari Telunjuk....

Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku. Mengapa Rasulullah s.a .w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..



Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah “Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah” bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain.

Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.

Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali. Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku.

Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah “Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..

Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini… Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku… Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..

Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah… Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah…..

 
  
 

0 Feedback.

There are no comments to this entry.

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see