
“Wahai sekalian manusia, wahai hamba dinar dan dirham, sesungguhnya Aku jadikan dinar dan dirham adalah untuk dapat kamu pergunakan, supaya kamu boleh makan daripada rezeki-Ku, memakai pakaian daripada kain-Ku, dan supaya kamu dapat mengucap tasbih kerana mensucikan Aku; kemudian kamu ambil kitab-Ku dan kamu letakkan di belakang kamu, dan kamu ambil dinar dan dirham lalu kamu letakkan kedua-duanya di atas kepala kamu, kamu bangun rumah kamu tapi kamu biarkan rumah-Ku.”
“Sebenarnya kamu bukanlah orang yang bebas dan merdeka; kamu adalah hamba dunia, kamu tidak ubah seperti kuburan yang dicat dengan kapur yang apabila dipandang dari luar kelihatan elok, sedangkan di dalamnya amat mengerikan; demikian jugalah kamu dipandang baik dan dikasih manusia kerana ucapan-ucapan kamu yang manis serta tindak-tanduk yang memikat. Kamu dijauhkan daripada hati yang keras dan tindak-tanduk yang buruk.”
“Wahai manusia, ikhlaslah dalam beramal, dan mintalah kepda-Ku, maka sesungguhnya Aku akan memberi kepadamu lebih banyak daripada yang diminta orang-orang yang meminta.