salam sejahtera kepada semua...sudah agak lama jugak aku tak update blog aku ni...malaupun aku tahu tak ramai yang lawat blog aku ni, tapi aku tak kira... aku nak update jugak...hehehe...ye la kadang kadang manusia ni kan takut nak baca tentang kebenaran...lebih lebih lagi bila terkena atas kepala sendiri...
Aku memang sibuk kebelakangan ini...sejak dapat baby ni kan..hmmm...tu baru sorang tu...masa sentiasa cukup bagi orang yang tahu menghargainya...Baru-baru ni abang aku meninggal..dalam usia 56 tahun.. tak sampai sebulan dia pencen...duit pencen pun baru ambik sekali jer...selang 140 hari lepas ayah dia meninggal...so dapatla dok kat sebelah ayah dia...
kalau diikutkan hukum adat...yang tua pasti pergi dulu...namun sebagai orang islam...kita tidak harus terlalu mengikut hukum adat...kena pakai hukum akal...pada adatnya tak logik jika seorang yang kaya raya akan menjadi miskin dalam sekelip mata...namun pada hukum akal...perkara itu tiada yang mustahilnya...kerana Allah itu maha berkuasa...
Begitu jugalah halnya dengan umur kita...bila ajal sudah tiba...tidak akan cepat dan tidak akan lambat walau sesaatpun...persoalannya sudah kah kita bersedia dengan bekalan untuk ke sana...hmmm jika manusia dapat melihat ganjaran Allah terhadap amalan baik yang dikerjakan di atas dunia ini...maka akan sesak la masjid-masjid dipenuhi manusia yang inginkan ganjaran...namun keadaannya tidak begitu...orang islam hidup di atas prinsip iman...kita wajib percaya bahawa segala amalan akan diberi ganjaran di akhirat kelak...
...walaupun sebesar zarah.
beramal lah sebanyak mungkin di dunia sementara ada luang masa untuk menuai hasil di akhirat kelak kerana bila kita sudah berada di sana nanti...menangis keluar bijik mata pun..takkan dapat balik ke dunia semula...so jangan termasuk di kalangan orang yang rugi...